Bas alihan cepat

Transit aliran bas (Bus rapid transit, BRT, BRTS, busway, transitway) merupakan sistem pengangkutan awam berasaskan bas yang direka untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan daripada sistem bas biasa.[1] Sistem BRT lazimnya merangkumi lorong khas untuk bas serta mengutamakan bas di simpang jalan di mana bas dapat berinteraksi dengan lalulintas lain; di samping ciri-ciri khas untuk mengurangkan penangguhan disebabkan penumpang naik turun bas, ataupun membayar tambang. BRT bertujuan menggabungkan kapasiti dan kelajuan metro dengan fleksibiliti, kos rendah dan keringkasan sistem bas.Sistem BRT yang pertama ialah Rede Integrada de Transporte (Rangkaian Pengangkutan Bersepadu) di Curitiba, Brazil, yang berkhidmat mulai 1974. Ini mengilhamkan banyak sistem seumpama di Brazil dan seluruh dunia, seperti TransMilenio di Bogotá, Colombia, yang dibuka pada 2000. Setakat November 2016[update], sejumlah 207 bandar di enam benua telah melaksanakan sistem BRT, dengan sejumlah 5,468 km (3,398 mi) lorong BRT. Setakat November 2016[update], kira-kira 34.3 juta penumpang sedunia menggunakan BRT setiap hari, 21.1 juta daripada di Amerika Latin, yang mempunyai paling banyak bandar dengan sistem BRT iaitu 69, diketuai oleh Brazil dengan 34 bandar.[2] Negara Amerika Latin yang paling ramai penumpang harian ialah Brazil (11.9M), Colombia (3.1M), dan Mexico (2.4M). Di rantau-rantau lain, China (4.4M) dan Iran (2.1M) turut cemerlang. Kini, TransJakarta dikira sebagai rangkaian BRT terbesar di dunia dengan kira-kira 230.9 kilometer (143.5 mi) koridor yang menghubungkan daam ibu kota Indonesia.[3]